Monday, March 22, 2010
SEKITAR PROGRAM 21 MAC 2010
Pemimpin berjiwa rakyat,itulah ungkapan paling sesuai untuk mengambarkan betapa kesungguhan Ketua Bahagian dan Pengurusan Bahagian yang berjanji untuk berubah selepas PRU12 yang lalu telah dibuktikan pada gambar diatas.
Program "DEKAT DIHATI" anjuran Puteri Bahagian telah menghadirkan impak yang besar dan berjaya mengubah tanggapan keatas generasi muda hari ini yang dilihat seolah olah tidak peka pada masyarakat setempat.Kehadiran Ketua Bahagian bersama-sama jawatankuasa bahagian sedikit sebanyak dapat meringankan tugas-tugas puteri.
Tn Ir Kamaruzzaman berharap program sebegini harus diteruskan bukanya hanya bermusim dan beliau percaya Puteri Bahagian dibawah kepimpinan Pn Suhaila mampu bergerak dengan aktif terutamanya dalam program-program berbentuk kemasyarakatan.
Pada malam nya pula Ketua Bahagian bersama jawatankuasa bahagian serta penyelaras Parlimen Kota Raja Tn R.S Maniam telah turun ke dewan KEMAS Taman Bukit Kemuning untuk bermesra dengan rakyat setempat serta menyampaikan sumbangan untuk golongan kurang upaya serta warga emas yang memerlukan bantuan tanpa mengira Agama dan bangsa.
Kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, beliau mengucapkan Tahniah kerana berjaya melaksanakan program dengan jayanya dan selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan kan oleh Dato Seri Presiden Parti dan beliau menyeru agar kepimpinan Bahagian dan cawangan termasuk ketua-ketua sayap parti agar kerap selalu turun padang dan membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa.
sekian,
Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sila lihat arkib blog untuk senarai tajuk artikel yang telah diterbitkan.
No comments:
Post a Comment