Monday, March 22, 2010

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT.




Walaupun baru pulang dari bercuti bersama keluarga tersayang,Saudara Ketua Bahagian tidak
kenal erti penat untuk terus hadir ke program-program yang dianjurkan terutama di Dun Sri Muda.

Terbaru di Dewan Belia Lorong Haji Said Kampung Jalan Kebun, Tn Ir Kamaruzzaman telah sudi hadir untuk bersama-sama penduduk kampung untuk program pemeriksaan Kesihatan Percuma dan pertandingan Takraw untuk belia-belia dikawasan Kampung Jalan Kebun.

Lebih 200 orang hadir termasuk golongan warga emas yang menunggu penuh sabar giliran pemeriksaan kesihatan serta belia-belia yang menyertai pertandingan Takraw yang dianjurkan serentak.

Maklum balas yang diterima amat positif sekali terutamanya golongan muda yang kini dilihat menjadi penentu dalam pilihanraya,dan saudara Ketua Bahagian Amat yakin sokongan serta maklum balas(respon)ini akan berterusan sehingga PRU13 yang akan datang.

Kepada Jawatan kuasa program,Tn Ir Kamaruzzaman mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana berjaya melaksanakan program ini dan diharap kepada Cawangan-cawangan lain dapat mengikut contoh program yang diadakan ini untuk di laksanakan ke Cawangan masing-masing

sekian,

Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan

No comments:

Post a Comment

sila lihat arkib blog untuk senarai tajuk artikel yang telah diterbitkan.