Saturday, April 3, 2010

Program Juara Rakyat UMNO Bahagian Kota Raja












UMNO Bahagian Kota Raja akan memperluaskan program Juara Rakyat ke peringkat akar umbi sebagai langkah menarik sokongan rakyat terhadap parti itu.Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Tn Haji Ir Kamaruzzaman Johari berkata, program seumpama itu sudah menjadi kelaziman UMNO Kota Raja bersama rakyat dan ia akan diteruskan di peringkat Cawangan-cawangan di bawah Parlimen Kota Raja.
"sudah menjadi amalan UMNO Bahagian Kota Raja untuk bersama-sama masyarakat dalam pelabagai program yang dianjurkan dalam segenap bidang,sama ada program kemasyarakatan, keagamaan dan pendidikan,
program Juara Rakyat yang diadakan ini akan kita lakukan setiap bulan dan ia akan dijadikan cara untuk kita mendekati masyarakat di Parlimen Kota Raja serta DUN Sri Muda Khususnya."
katanya selepas merasmikan program Juara Rakyat Pendidikan dan Kebajikan di SMK Seksyen 27 Alam Megah dan Dewan MBSA Kampung Bukit Naga.
Kerjasama yang erat diantara UMNO dan M.I.C serta komponen-kompenan BN yang lain adalah faktor penentu kepada kejayaan program Juara Rakyat ini, maklum balas yang positif serta sedikit teguran dari mereka yang hadir pada program yang dianjurkan juga akan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan sesuatu program agar matlamat program itu sampai ke peringkat akar umbi dapat dicapai,ujar beliau lagi.
Beliau juga percaya program-program Juara Rakyat yang telah disusun sepanjang tahun ini dapat dicapai kepada sasaranya,oleh itu beliau berharap sokongan daripada ajk bahagian dan ketua-ketua cawangan serta ketua-ketua sayap parti amat ditagih bagi memastikan program yang dianjurkan UMNO Bahagian Kota Raja berjalan dengan lancar dan sebarang maklum balas sama ada positif atau negatif amat dialu-alukan agar setiap program yang dijalankan dapat ditambah baik dari masa ke semasa.
unit media kota raja-


No comments:

Post a Comment

sila lihat arkib blog untuk senarai tajuk artikel yang telah diterbitkan.