Friday, April 30, 2010

PRK HULU SELANGOR. KOTA RAJA ANTARA YANG TERBAIK











Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor merupakan isyarat jelas yang menandakan persetujuan orang ramai terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan perubahan dan pembaharuan yang sedang diusahakannya bagi membawa negara mencapai hasrat Wawasan 2020.

Kemenangan di kawasan parlimen yang mempunyai pengundi berjumlah kira-kira 64,500 itu juga menunjukkan bahawa BN bukannya semakin dilupakan orang ramai sebagaimana yang diramalkan oleh banyak pihak, selepas ia mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan pembangkang menawan lima negeri.

Kemenangan di sini juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mula "menerima kembali" BN selepas menolaknya pada pilihan raya umum lepas.

Sejak pilihan raya umum itu BN mula mengorak langkah menukar gerak caranya untuk memenangi hati dan minda para pengundi, dan langkah mereka itu terbukti berkesan.

Najib, yang menjadi Perdana Menteri kira-kira setahun yang lalu; dengan bantuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus bertindak pantas menjawab segala tohmahan terhadap kerajaan yang dibangkitkan oleh pembangkang yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan gerak langkah kedua-dua ini turut memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan BN hari ini.

Slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri juga dilihat sudah mula berakar umbi dalam fikiran rakyat dan ini juga memainkan peranan penting dalam membawa kemenangan BN.

Peranan Najib di arena antarabangsa, terutama selepas pertemuan dua hala beliau dengan Presiden Amerika Barack Obama semasa Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini menghantar isyarat jelas bahawa Malaysia sudah kembali di platform antarabangsa.

Perkara itu juga menawan hati pengundi, yang kini merasakan bahawa Malaysia sudah kembali, dengan diterajui oleh pemimpin yang tahu apa yang baik buat negara

Selain itu Bahagian Kota Raja yang terlibat didalam pilihanraya ini juga turut mempunyai jentera yang terbaik.
ditugaskan menjaga 2 peti undi iaitu PDM Hulu Kali dan PDM Ulu Yam Lama.
PDM hulu kali menunjukan prestasi yang membanggakan apabila ajoritinya hampir mencecah 500 berbanding 2ratus lebih pada PRU12 yang lalu..

diharapkan kerjasama didalam BN Kota Raja dapat diteruskan sehingga PRU yang Ke 13 nanti.
kepada semua jentera yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung
sekalung tahniah kami ucapkan.Kepada Pengarah BN Kota Raja Tn R.S Maniam semoga ini menajdi pengalaman yang amat berguna buat M.I.C dan rakan-rakan kompenan yang lain.

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

sila lihat arkib blog untuk senarai tajuk artikel yang telah diterbitkan.