Monday, March 29, 2010

MESYUARAT PIBG S.K KAMPUNG JOHAN SETIA




Alhamdullilah mesyuarat Agong PIBG Kali ke 20 S.K Johan Setia telah selamat dijalankan pada 28 Mac 2010 yang lepas.Program yang dihadiri oleh Penyelaras DUN Sri Muda Tn Ir Kamaruzzaman dimulakan tepat jam 8.30 pagi.

Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid dari murid-murid S.K Johan Setia
seterusnya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG S.K Johan Setia iaitu saudara Idris Bin Tarmodi,diikuti dengan Pen.Kanan Kokurikulum S.K Johan Setia Pn Azizah Bt Ahmad,
majlis kemudian dirasmikan oleh Penyelaras DUN Sri Muda Tn Ir Kamaruzzaman Johari, dalam ucapannya,beliau mencabar pihak sekolah dan ibu bapa untuk membantu murid-murid S.K Johan Setia mendapat keputusan 5 A pada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Menengah (UPSR) Tahun 2010 dan beliau berjanji akan memberi saguhati RM 500.00 kepada murid-,Murid S.K Johan Setia yang berjaya pada UPSR pada tahun ini. Beliau turut yakin bahawa walaupun S.K Johan Setia Berstatus sekolah luar bandar,kecemerlangan murid-murid mampu digapai jika persefahaman serta kerjasama antara ibu bapa dan guru-guru dapat dikekalkan.

Majlis Seterusnya penyampaian cenderhati kepada murid cemerlang UPSR 2009 dan penyampaian penghargaan kepada ajk-ajk PIBG sesi 2009/2010.Alhamdulillah difahamkan YDP PIBG saudara Idris Tarmodi berjaya mengekalkan jawatan untuk tempoh 2 tahun lagi bersama Timb YDP PIBG.
Sekalung Tahniah dari UBKR!!!




No comments:

Post a Comment

sila lihat arkib blog untuk senarai tajuk artikel yang telah diterbitkan.